Sunday, October 11, 2015

Alhamdulillah....mula kenal dengan radio amatur ini semasa bertugas di kem pengakap tiku di tawau sabah tahun 1997. Setelah bertukar ke Perak minat terhadap radio amatur ini semakin meningkat apabila terlibat dengan kem JOTA pengakap daerah kerian untuk setiap tahun.... dan for the final seorang rakan (cg Jamil sk tanah kebun) telah mengajak menduduki peperiksaan RAE pada tahun 2008 dan alhamdulillah lulus.
Lulus Peperiksaan RAE 2/2008 Setelah mendapat keputusan dan mendapat callsign 9W2RNF dari SKMM (semasa mendaftar dan membuat bayaran lesen selama 5 tahun) saya telah diberi sebuah handy yang boleh dikatakan kategori retro (menggunakan magazine dan bateri AA sebanyak 6 biji) jenama kenwood. Katanya untuk membiasakan saya mendengar tatacara QSO di jaluran...alhamdulillah terima kasih cg. khalid sebagai orang yang bertanggungjawab memperkenalkan dengan lebih mendalam tentang radio amatur kepada saya...
pemberian Cikgu Khalid

Saturday, October 10, 2015

Selamat Datang ke Blog hobi main radio saya...terima kasih